Home   Peta Laman   Hubungi Kami
 
 
 
Selamat Datang ke
Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)
Kementerian Kesihatan Malaysia
 

   Klik disini untuk melihat Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1
 

MAKLUMAN
 
 
Untuk makluman, bermula 12 Jun 2010 Kenyataan akhbar mengenai H1N1 hanya akan dikeluarkan seminggu sekali iaitu pada setiap hari Rabu. Di samping itu, perkhidmatan hotline (03-88810200 atau 03-88810300) beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
Bagi Minggu Epid 29/2010 (18 - 24 Julai 2010))
 

Bagi tempoh minggu epid 29/2010 (18 - 24 Julai 2010), lima (5) kejadian kluster ILI yang baru telah dilaporkan dari empat (4) buah negeri berbanding enam (6) kluster yang dilaporkan pada minggu yang sebelumnya, iaitu seperti yang ditunjukkan di Lampiran 1 yang disertakan bersama.

Bilangan pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) yang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh yang sama menunjukkan sedikit peningkatan iaitu seramai 537 berbanding 516 pesakit pada minggu sebelumnya. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 29/2010 (24 Julai 2010) adalah sebanyak 335 kes di 65 buah hospital termasuk 11 hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, hanya 24 pesakit atau 7.2% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Juga, terdapat lima (5) kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga (3) daripadanya individu yang mempunyai faktor risiko.

Lagi...

Situasi Global
 

Di peringkat antarabangsa, penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. Sehingga 21 Mac 2010, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 16,931 kes, iaitu meningkat sebanyak 118 kes(0.7%) berbanding dengan minggu sebelumnya.

 






National
Influenza Pandemic
Preparedness
Plan (NIPPP)

MEDIA PENDIDIKAN
PAUTAN