Rujukan: (15 )dlm.KKM-171BKP/07/35/0519 Jld.3
Tarikh: 25 Jun 2010
Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL. 19/2010
PELALIAN VAKSIN INFLUENZA BERMUSIM DI MALAYSIA
- TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan pelalian vaksin influenza bermusim untuk mencegah dan mengawal penularan jangkitan Pandemik Influenza di Malaysia.
- LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza H1N1 Bil. 2/2010 pada 8 Jun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengambil maklum perkara berikut;
| 2.1 |
Penularan jangkitan pandemik influenza H1N1 masih aktif di peringkat antarabangsa dan di Malaysia. |
| |
|
| 2.2 |
Penggunaan vaksin telah dikenalpasti sebagai satu strategi mencegah kejadian penyakit dan telah dimasukkan ke dalam Pelan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan. Program pelalian vaksin influenza bermusim kepada petugas barisan hadapan telah dimulai sejak tahun 2007. |
| |
|
| 2.3 |
Pada tahun 2010 petugas barisan hadapan telah diberikan pelalian vaksin pandemik H1N1 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kejadian pandemik influenza H1N1. |
| |
|
| 2.4 |
Vaksin pandemik H1N1 juga telah diberikan kepada orang awam daripada kumpulan sasar berkeutamaan mengikut dasar ‘first come, first serve’. |
| |
|
| 2.5 |
Secara keseluruhannya, sehingga 7 Jun 2010, sebanyak 350,000 dos vaksin pandemik H1N1 telah diberikan dengan pecahan penerimaan 45% orang awam daripada kumpulan sasar berkeutamaan; 29% petugas barisan hadapan anggota KKM dan 26% merupakan petugas hadapan bukan anggota KKM. |
- VAKSIN INFLUENZA BERMUSIM
| 3.1 |
WHO telah mengesyorkan penggunaan vaksin influenza bermusim formulasi Hemisfera Selatan 2010 yang mengandungi komponen virus pandemik H1N1 2009 serta dua lagi strain virus influenza. |
| |
an A/California/7/2009 (H1N1)-like strain
-
an A/Perth/16/2009 (H3N2)-like strain
- a B/Brisbane/60/2008-like strain
|
| |
|
| 3.2 |
Terdapat tiga jenama vaksin influenza bermusim yang telah berdaftar dengan Biro Pengawasan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia iaitu Vaxigrip, Begrivac dan Influvac. |
| |
|
| 3.3 |
Vaksin influenza bermusim kini telah tersenarai di dalam Formulari Ubat KKM. |
| |
|
- KEPUTUSAN
Mesyuarat telah mengambil keputusan dan bersetuju agar langkah-langkah berikut untuk diambil tindakan;
| 4.1 |
Pelalian vaksin influenza bermusim tidak perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan untuk tahun 2010. Ini kerana mereka telah mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim formulasi Hemisfera Selatan 2009 dan juga vaksin monovalen pandemik H1N1 pada tahun 2010. |
| |
|
| 4.2 |
Pelalian vaksin influenza bermusim adalah digalakkan pengambilannya oleh orang awam yang terdiri daripada kumpulan yang mempunyai faktor risiko mendapat komplikasi jangkitan influenza (seperti ibu hamil, obesiti, kanak-kanak, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan golongan imuniti rendah). |
| |
|
| 4.3 |
Semua fasiliti kesihatan swasta digalakkan menyediakan perkhidmatan pelalian vaksin influenza bermusim di fasiliti mereka bagi memudahkan orang ramai memperolehi vaksin tersebut. |
| |
|
| 4.4 |
Fasiliti KKM juga boleh membeli atau dan menyimpan stok vaksin influenza bermusim mengikut keperluan masing-masing dengan menggunakan peruntukan sedia ada jika memerlukan. |
- TARIKH BERKUATKUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dengan serta-merta.
- PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada;
Pengarah Kawalan Penyakit
Bahagian Kawalan Penyakit
Aras 3, 4, 6 dan 8, Blok E10
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel: 03-88810200/ 0300
E-mel: cprc_h1n1@moh.gov.my
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
|