Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut:
-
Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
-
Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;
-
Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
-
Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan
-
Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).
Oleh kerana bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve. Penilaian klinikal yang dijalankan oleh pegawai perubatan yang merawat akan diambil kira bagi menentukan kesesuaian seseorang individu bagi menerima vaksin.
Orang ramai yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan seperti di atas boleh mendapatkan perkhidmatan pelalian ini di beberapa fasiliti kesihatan kerajaan yang dikenalpasti. Pada masa ini sebanyak 104 fasiliti telah dikenalpasti untuk kumpulan sasar berkeutamaan mendapatkan pelalian ini.
Orang ramai yang layak mendapatkan pelalian ini dikehendaki membaca terlebih dahulu maklumat mengenai pelalian vaksin influenza A(H1N1) dan perlu memberikan keizinan bertulis dengan mengisi dan mengembalikan borang keizinan bertulis. |