This content requires the Adobe Flash Player. Get Flash
Muat Turun
Tajuk : Guna penututup hidung mulut dengan betul
Bahasa : B.Melayu
Dimensi : 480 x 320
Saiz : 1.94 mb
Masa : 00:00:30
Terbitan : Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Transkripsi
Kuman berada di mana-mana. Lindungilah diri dan orang lain dengan memakai penutup mulut dan hidung dengan cara yang betul. Terdapat dua jenis penutup mulut dan hidung yang disyorkan iaitu jenis N95 dan jenis pembedahan, juga dikenali sebagai "surgical mask". Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis N95. Langkah pertama, kendurkan tali getah dengan menarik diantara 1 hingga 2 inci supaya tali getah tidak terlalu tegang. Langkah kedua, pegang penutup mulut dan hidung itu di tapak tangan anda dengan meletakkan hujung jari kepada kepingan logam penyepit hidung. Biar tali getah terjuntai dibawah tangan anda. Langkah ketiga, tangkupkan penutup mulut dan hidung itu di bawah dagu dengan kepingan logam penyepit hidung di sebelah atas. Langkah keempat, letakkan tali getah atas mengelilingi kepala di paras atas telinga manakala tali kedua di letakkan di paras bawah telinga dan pastikan tali getah tidak terpintal. Langkah kelima, gunakan kedua-dua belah tangan bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung. Untuk memastikan pemakaian yang betul tutup penutup mulut dan hidung dengan kedua-dua belah tapak tangan anda dan hembus dengan kuat. Sekiranya udara keluar dari sekeliling hidung tekan kepingan logam supaya melekap pada hidung. Jika udara keluar dari tepi, tarik getah kebelakang. Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis pembedahan (surgical mask). Tutup keseluruhan hidung dan mulut. Ikat tali atas mengelilingi kepala diparas atas telinga. Kemudian, ikat tali kedua di paras bawah telinga. Gunakan kedua-dua belah tangan dan bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung. Elakkan perbuatan ini. Untuk perlindungan terbaik, anda di nasihatkan supaya mengelakkan memakai penutup mulut dan hidung dibawah dagu. Menggaru hidung dan mulut. Mendedahkan hidung. Berkongsi dengan orang lain. Mengguna semula penutup hidung dan mulut yang telah dipakai. Elakkan dari meletakkannya di merata-rata tempat. Buang ditempat yang betul. Gunakan penutup mulut dan hidung dengan betul. Hentikan kuman dari merebak.
National
Influenza Pandemic
Preparedness
Plan (NIPPP)