Home   Peta Laman   Hubungi Kami
 
 
Garis Panduan Pengendalian Influenza A (H1N1) Di Klinik Kesihatan
 
  1. POLISI OPERASI:

    1. Di Pintu Masuk Klinik

      1. Sediakan Kaunter Triage di pintu masuk bangunan klinik. Kaunter Triage hendaklah di kendalikan oleh anggota kesihatan terlatih.

      2. Anggota kesihatan yang mengendalikan kaunter triage mesti memakai sekurang-kurangnya mask 3-Ply (‘3-Ply surgical mask’) dan sarung tangan pakai buang.

      3. Anggota mesti membasuh tangan dengan hand rub sebelum dan selepas menyentuh pesakit.

      4. Tanya setiap pesakit yang datang tentang simpton dan tanda-tanda ‘Influenza-like Illness’ (ILI).

      5. Asingkan pesakit yang mempunyai simptom atau tanda-tanda ILI untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada pesakit lain.

      6. Beri mask kepada pesakit yang mempunyai simptom ILI untuk dipakai.

      7. Saringan untuk tahap keterukan (Home Assessment Tool for H1N1). Sekiranya tahap serius, terus rujuk ke bilik konsultasi.

      8. Paparkan poster berkaitan Influenza (AH1N1) di semua pintu masuk.

      9. Paparkan arahan seperti:
        • Sentiasa memakai mask sekiranya anda batuk/bersin.
        • Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin dengan tisu.
        • Buangkan tisu kedalam bakul sampah.

    2. Ruang Menunggu

      1. Asingkan ruang menunggu pesakit ILI diruang/bilik khusus.

      2. Ruang/bilik pengasingan mestilah mempunyai ventilasi udara yang baik.

      3. Jarak antara pesakit sekurang-kurangnya satu meter, sekiranya boleh.

      4. Pesakit dikehendaki sentiasa memakai mask 3-ply.

      Peralatan diruang menunggu:

      1. Kertas Tisu

      2. ‘Hand rub’

      3. ‘Pedal bin’ (Clinical Waste Bin)

      Pengendalian Khas Ibu Hamil dan Kanak-kanak bagi Pemeriksaan Rutin.

      Golongan ibu hamil dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko dan mudah dijangkiti. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah seperti berikut:

      1. Tempatkan ibu hamil dan kanak-kanak di ruang yang berasingan dengan pesakit-pesakit lain.
      2. Sekiranya klinik merupakan klinik dua tingkat, aras atas boleh dikhaskan untuk ibu hamil dan kanak-kanak.
      3. Pihak JKN Negeri juga boleh tempatkan klinik untuk ibu hamil dan kanak-kanak dilokasi yang lain sebagai langkah sementara (seperti Klinik Desa).
      4. Bagi Klinik Desa, Pasukan Klinik Bergerak, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Pasukan Kesihatan Sekolah, kawalan infeksi mesti dipatuhi sama seperti di atas.

    3. Pendaftaran pesakit ILI

      1. Pendaftaran pesakit ILI hendaklah dibuat secara berasingan dengan pesakit-pesakit lain.
      2. Anggota kesihatan yang mengendalikan kaunter pendaftaran mesti memakai sekurang-kurangnya mask 3-Ply (‘3-Ply surgical mask’).

    4. Pengendalian Pesakit ILI Di Bilik Konsultasi

      1. Pergerakan pesakit ILI di klinik mesti dihadkan bagi mengurangkan penularan jangkitan bersilang.
      2. Pesakit ILI hendaklah diperiksa di bilik konsultasi yang berasingan dengan pesakit-pesakit lain.
      3. Anggota yang bertugas di bilik konsultasi hendaklah memakai mask N95 dan sarung tangan pakai buang.
      4. Pengambilan sampel bagi pemeriksaan makmal dan pemberian ubat adalah melalui bilik konsultasi.
      5. Lantai mesti dibersihkan menggunakan disinfectant sekurang- kurangnya 3 kali sehari.
      6. Semua permukaan mesti dibersihkan menggunakan disinfectant tissue (seperti permukaan meja, kaunter, tombol pintu).
      7. Cadar dan sarung bantal ditukar setiap hari.
      8. Peralatan seperti ‘hand sanitizers’ dan tong sampah bertutup mestilah mencukupi.

    5. Pengendalian Pesakit ILI Di Bilik Rawatan

      1. Anggota yang bertugas di bilik rawatan hendaklah memakai mask N95 dan sarung tangan pakai buang.
      2. Lantai mesti dibersihkan menggunakan disinfectant sekurang- kurangnya 3 kali sehari.
      3. Semua permukaan mesti dibersihkan menggunakan disinfectant tissue (seperti permukaan meja, kaunter, tombol pintu).
      4. Cadar dan sarung bantal ditukar setiap hari.
      5. Peralatan seperti ‘hand sanitizers’ dan tong sampah bertutup mestilah mencukupi.

    6. Panduan Rujukan dan Mengangkut Pesakit

      1. Ikuti mekanisma sedia ada untuk rujukan pesakit ke hospital dan pastikan langkah kawalan jangkitan diambil semasa pengangkutan pesakit ke hospital.

    7. Pendidikan dan Informasi Kesihatan


    8. Sediakan maklumat dan pendidikan kesihatan mengenai Influenza (AH1N1) di klinik kesihatan:
      1. Poster, risalah mengenai Influenza A (H1N1).
      2. Video, risalah etika batuk, kebersihan diri, kaedah membasuh tangan dan kaedah pemakaian mask dengan betul.
      3. Menyediakan bahan-bahan maklumat dan pendidikan kesihatan di bilik konsultasi, ruang-ruang menunggu termasuk farmasi dan kaunter pendaftaran.

  2. PENCEGAHAN AWAL UNTUK ANGGOTA KESIHATAN

  3. Selain daripada langkah-langkah di bawah ‘Universal Precaution’, semua anggota di kehendaki mematuhi langkah-langkah pencegahan berikut:

    1. Kebersihan diri
      • Membasuh tangan dengan betul sebelum dan selepas mengendalikan pesakit ILI.
      • Gunakan ‘hand rub’ sebelum dan selepas mengendalikan pesakit.
      • Elakkan menyentuh permukaan mukosa seperti hidung, mulut dan mata.
      • Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh permukaan mukosa.
      • Basuh tangan sekerap mungkin.
      • Mandi dan tukar pakaian sebelum pulang ke rumah, jika boleh.

    2. Perlindungan diri
    3. Pakai alat perlindungan diri bila mengendalikan pesakit ILI:
      • Sarung tangan pakai buang
      • Mask N95
      • gaun pakai buang

  4. KAWALAN INFEKSI DI KLINIK KESIHATAN

    1. Kawalan Infeksi dikalangan Anggota Klinik Kesihatan.

      1. Semua anggota klinik kesihatan perlu mendapat suntikan vaksin Influenza.
      2. Semua anggota klinik kesihatan mesti memakai mask (3-Ply) sepanjang waktu bekerja.
      3. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mesti menjalankan latihan dalam perkhidmatan kepada anggota klinik kesihatan, dalam aspek berkaitan:
        • Epidemiologi Influenza A (H1N1)
        • Kawalan Infeksi:
          • Basuh Tangan
          • Mask
          • Pelupusan bahan

      4. Anggota klinik kesihatan yang mempunyai co-morbidity berikut tidak digalakkan mengendali kes-kes ILI:
        • Asthma
        • Pregnancy
        • Diabetes
        • Obes
        • Kurang DayaTahan

      5. Kenalpasti anggota yang bertugas barisan hadapan (’frontliners’):
        • Penyelia hendaklah sentiasa memantau anggota supaya mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi sepanjang masa.
        • Penyelia hendaklah memantau tahap kesihatan anggota bagi mengesan anggota frontliners’ yang tidak sihat.
        • Anggota melakukan pemeriksaan suhu badan sendiri setiap hari.
        • Anggota kesihatan yang mengalami simptom seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas perlu dirujuk ke hospital.

      6. 'Business Continuity Planning’
      7. Pegawai bertanggungjawab perlu merancang dan mengatur semua aktiviti klinik mengambil kira kemungkinan bilangan anggota yang bekerja berkurangan sehingga tahap yang kritikal.

    2. Keperluan Stok Peralatan/Ubatan bagi Pandemik H1N1 di Klinik Kesihatan

      1. Pastikan stok peralatan berikut mesti mencukupi pada setiap masa:
        • Mask (3-Ply)
        • Mask N95
        • Glove
        • Apron
        • Gaun
        • Disinfectant
        • Hand sanitiser
        • Covered dustbin
        • Paper hand towel
        • Liquid soap
        • Thermal scan
        • Anti viral: Oseltamivir
        • Risalah pendidikan kesihatan

  5. PEMANTAUAN KES ILI DI KLINIK KESIHATAN

  6. Bilangan kes ILI di klinik kesihatan perlu di pantau dari masa ke semasa iaitu:

    1. Bilangan Kedatangan Harian Unit Pesakit Luar
    2. Bilangan kes ‘ILI/Flu-like’

    Data-data ini perlu dihantar ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM melalui sistem e-masa bagi klinik yang mempunyai sistem ini atau menggunakan format di Annex 6.

    Note: Definition of Influenza-like Illness (ILI)

    History of high fever with temperature > 38°C AND one or more of the following respiratory symptoms: cough, shortness of breath, body ache, sore throat.

    ___________________________________________________________________


Bookmark and Share    

National
Influenza Pandemic
Preparedness
Plan (NIPPP)

MEDIA PENDIDIKAN
PAUTAN