Rujukan: KKM-171/BKP/07/35/0519 Jld.2/(18)
Tarikh: 13 Ogos 2009
Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL. 11/2009.
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1) 2009 BIL. 11/2009.
- TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A(H1N1) Bil.11/2009,mengenai tindakan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan pengawalan Pandemik (H1N1) 2009 yang sedang melanda Malaysia:
- LATARBELAKANG
| 2.1 |
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) Bil. 11/2009 telah diadakan pada 12 Ogos 2009 dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia |
| |
|
| 2.2 |
Bilangan kluster kejadian jangkitan influenza A(H1N1) telah meningkat dan melibatkan pelbagai sektor termasuk sekolah/institusi pengajian tinggi, tempat kerja dan di komuniti. Kejadian kluster di sekolah dan institusi pengajian tinggi telah mengakibatkan banyak sekolah perlu ditutup dan ini memberi impak negatif kepada aktiviti pembelajaran pelajar. |
| |
|
| 2.3 |
Sehingga 11 Ogos 2009, sebanyak 44 kematian yang berkaitan influenza A(H1N1) telah dilaporkan. Bilangan kematian yang meningkatkan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli masyarakat. Keadaan ini menyebabkan rawatan kes yang bergejala influenza-like illness (ILI) perlu dikaji semula. |
- KEPUTUSAN MESYUARAT
Mesyuarat telah bersetuju agar tindakan dan kawalan yang sedang dilaksanakan diperkukuhkan lagi. Langkah-langkah kawalan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
| 3.1 |
Rawatan Antiviral Influenza : |
| |
Rawatan antivirai mesti diberikan segera kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalankan ujian pengesahan influenza A(H1N1):
-
Semua pesakit yang mempunyai simptom influenza-like illness dan berisiko
seperti di Lampiran1.
-
Individu yang sakit dengan simptom influenza-like illness, tidak termasuk
dalam golongan berisiko, tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) dan berpanjangan (lebih 2 hari).
- Individu selain dari kumpulan (a) dan (b), yang mempunyai keputusan ‘rapid test’ positif, mempunyai simptom influenza-like illness dan menjadi teruk (Lampiran 2) dalam masa 48 jam.
Individu yang mempunyai keputusan ‘ rapid test’ influenza yang positif, hanya akan diberikan rawatan antiviral jika tergolong dalam kumpulan di atas. |
| |
|
| 3.2 |
Penutupan sekolah/institusi |
| |
Pandemik (H1N1) 2009 telah memasuki fasa mitigasi. Oleh itu tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir. Pihak sekolah/ institusi bertanggungjawab untuk memutuskan penutupan sekolah/institusi/kelas berkenaan.
Tindakan penutupan sekolah/ institusi mungkin perlu sekiranya pihak sekolah atau institusi mendapati kehadiran pelajar sangat rendah dan mengganggu aktiviti pembelajaran. Pihak sekolah/ institusi boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu.
Tindakan yang perlu diambil adalah:
- Menasihati ibu bapa/penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala lLl tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.
- Meminta pihak sekolah diminta membuat pemerhatian dan pemantauan kesihatan murid sekolah setiap hari dan mengambil tindakan sewajarnya.
- Memohon kerjasama pihak asrama menyediakan kemudahan isolasi untuk kes-kes lLl. Semua kes-kes lLl perlu diisolasi sehingga simptom berakhir.
|
| |
|
| 3.3 |
Rawatan oleh Klinik dan Hospital Swasta |
| |
Semua klinik dan hospital swasta boleh merawat jangkitan influenza A(H1N1)
dan diminta untuk tidak menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terbabit. Pihak klinik dan hospital swasta perlu mendapatkan bekalan antiviral dari pihak pembekal secara terus.
|
- TARIKH BERKUATKUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dengan serta-merta.
- PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah Kawalan Penyakit
Bahagian Kawalan Penyakit
Aras 3, 4, 6 dan 8, Blok E10
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel: 03-88834370 / 88834421
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
|