Home   Peta Laman   Hubungi Kami
 
 
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza Bil. 11/2009
 

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza Bil. 11/2009 yang  diadakan pada 12 Ogos 2009 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah memutuskan perkara-perkara berikut:-

1.
Rawatan Antiviral Influenza
 

Rawatan antiviral mesti diberikan segera kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalankan ujian pengesahan influenza A(H1N1) :

  1. Semua pesakit yang mempunyai simptom influenza-like illness dan berisiko seperti di Lampiran 1.

  2. Individu yang sakit dengan simptom influenza-like illness, tidak termasuk dalam golongan berisiko, tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) dan berpanjangan (lebih 2 hari).

  3. Individu yang mempunyai keputusan ‘rapid test’ influenza yang positif, hanya akan diberikan rawatan antiviral jika tergolong dalam kumpulan di atas.

2.
Penutupan sekolah/ institusi
 

Tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir. Pihak sekolah/ institusi bertanggungjawab untuk memutuskan penutupan sekolah/ institusi/ kelas berkenaan.

Tindakan penutupan sekolah/ institusi mungkin perlu sekiranya pihak sekolah atau institusi mendapati kehadiran pelajar sangat rendah dan mengganggu aktiviti pembelajaran. Pihak sekolah/ institusi boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu.

Tindakan yang perlu diambil adalah:

  1. Menasihati ibubapa/ penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala ILI tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.

  2. Meminta pihak sekolah diminta membuat pemerhatian dan pemantauan kesihatan murid sekolah setiap hari dan mengambil tindakan sewajarnya.

  3. Memohon kerjasama pihak asrama menyediakan kemudahan isolasi untuk kes-kes ILI. Semua kes-kes ILI perlu diisolasi sehingga simptom berakhir.

3.
Rawatan oleh Klinik dan Hospital Swasta
 

Semua klinik dan hospital swasta boleh merawat jangkitan influenza A(H1N1) dan diminta untuk tidak menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terbabit. Pihak klinik dan hospital swasta perlu mendapatkan bekalan antiviral dari pihak pembekal secara terus.

 

Bookmark and Share      

National
Influenza Pandemic
Preparedness
Plan (NIPPP)

MEDIA PENDIDIKAN
PAUTAN