This content requires the Adobe Flash Player. Get Flash
Muat Turun
Tajuk : Jika anda ke luar negara
Bahasa : B.Melayu
Dimensi : 480 x 320
Saiz : 1.94 mb
Masa : 00:00:30
Terbitan : Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Transkripsi
Cegah Influenza A (H1N1). Jika anda tidak dapat menangguhkan lawatan ke Negara-negara dilanda wabak Influenza A (H1N1), amalkan langkah-langkah pencegahan berikut: ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes Influenza A (H1N1) yang tinggi. Elak melawat tempat-tempat yang sesak. Elak bersentuhan dengan pesakit Influenza A(H1N1). Jika anda terpaksa berhubung rapat dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai. Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas bersin atau batuk. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Buang tisu dalam tong sampah. Kalau anda jatuh sakit segera dapatkan rawatan. Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
National
Influenza Pandemic
Preparedness
Plan (NIPPP)